Satu pesanan pendek tersebar tentang berita masuk Islamnya Sunita Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Julai 2007 lalu.
Berita menghebohkan ini bukanlah yang pertama, sebelumnya astronot
berasal Amerika Syarikat Neil Armstrong juga menyatakan dirinya masuk
Islam sekembali dari bulan.
Apakah ini berita bohong? Yang jelas
pihak NON MUSLIM sangat tidak suka dengan pemberitaan ini. Lalu
disebarlah berita, bahawa ini berita bohong.
Perlu diketahui,
Sunita Williams adalah seorang astronot kelahiran Ohio 19 September 1965
dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin dengan Michael J.
William, seorang Polis Federal di Oregon, USA.
Sebagai astronot
pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa untuk wanita:
berada di luar angkasa terlama (195 hari), dan berjalan di luar angkasa
(29 jam, 17 minit).
Dalam perjalanannya ke bulan, Sunita
William melihat fenomena yang aneh semasa pandangannya menuju ke bumi.
Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap, ternyata ada sebahagian kecil
bumi yang nampak terang iaitu MEKAH dan MADINAH.
Sunita
mengatakan, dari atas seluruh permukaan bumi diselimuti kegelapan, namun
betapa terkejutnya ketika dengan bantuan teleskop, ada dua tempat yang
sangat berbeza, iaitu Makkah dan Madinah.
Kedua tempat itu nampak terang dibandingkan dengan tempat-tempat lainnya dibelahan bumi. Masya Allah, Laa Quwwata Illa Billaah.
Selain itu, fenomena lain yang ditangkapnya adalah semasa gelombang
suara dari bumi tidak mampu merentasi luar angkasa, dia ternyata boleh
menangkap suara Azan.
Apakah ini suatu keanehan, atau merupakan
suatu jalan dari Allah untuk menunjukkan sisi-sisi kebenaran
kepadaAstronout ini? Diberitakan setelah peristiwa ini, Sunita Williams
memeluk agama Islam.
Puluhan tahun yang lampau, tepatnya tahun
1870, Neil Amstrong pernah mengalami kejadian serupa semasa mendaratkan
kakinya di bulan. Diberitakan semasa itu dia mendengar sebuah suara yang
dikemudian hari ia mengenalinya sebagai SUARA AZAN
Tepatnya
semasa Neil diundang seminar di Universitas Kaherah, Mesir. Di masa dia
menyampaikan syarahannya, semasa itu azan berkumandang menunjukkan waktu
solat, moderator menghentikan presentasinya untuk mendengarkan azan.
Dan Neil berseru, “Ini dia suara yang pertama kali aku dengar semasa
mendarat di bulan.”
Setelah itu, Neil Amstrong menemui salah
satu profesor di universiti itu. Dia ingin tahu banyak tentang Islam.
Dan tidak lama setelah itu, dia pun menjadi muallaf.
Pemberitaan masuk Islamnya Neil Armstrong dan Sunita William kebelakangan menjadi polemik di masyarakat.
Tetapi bagi kita umat muslim, tidak perlu seorang Neil Armstrong untuk
meyakinkan diri kita bahawa agama Islam adalah benar. Jika kita yakin
berada di agama yang lurus, maka yakinlah bahawa kejadian itu benar.
Kita tidak perlu menggunakan nama besar Neil Armstrong untuk
membenarkan agama kita. Percayalah, nama MUHAMMAD SAW sudah cukup besar
buat kita dan dunia.
Sama ada benar atau tidaknya Sunita William
atau Neil Armstrong masuk Islam apabila pulang dari bulan, kita berharap
Allah Swt memberi hidayah kepadanya.
Bagaimanapun juga para
missionari (NON MUSLIM) sangat tidak suka dengan pemberitaan ini.
Padahal jika Allah menghendaki, kejadian terdengarnya suara azan di
bulan, bukanlah suatu perkara yang mustahil. Boleh sahaja terjadi.
Media Barat selamanya tidak akan pernah memberitakan hal-hal yang
dianggap boleh "MENGGONCANGKAN UMATNYA", bukan hanya di AS, tapi juga
seluruh dunia.
Sekali lagi sejarah membuktikan bahawa sekalipun
Islam dituduh sebagai "agama orang bodoh", "agama kampungan", "agama
rendahan", "agama orang miskin", atau apapun tuduhannya, tetap sahaja
orang yang berbondong-bondong mengikutinya dan rata-rata berasal dari
orang-orang cerdas, orang yang tidak sekadar BERAKAL tetapi juga
MEMPERGUNAKAN AKALNYA. Subhanallah, walhamdu lillah, wa la ilaha
illallah, wallahu akbar.
Tuesday, March 5, 2013
0 Response to "Asronot wanita India buktikan kebenaran cerita Neil Armstrong tentang Kota Bercahaya (Mekah dan Madinah)"
Post a Comment