Hati perempuan memang sukar untuk diduga.
Menyelami hati mereka bermakna mencari apakah yang diingini oleh
seseorang perempuan. Tanpa mengetahui terlebih dahulu serta memahami
apakah yang mungkin boleh menyebabkan lelaki sukar mempertahankan
hubungan yang dibina dan bakal berhadapan masalah ketika hidup bersama
mereka nanti. Ketahuilah perempuan
biasanya tidak sukakan lelaki yang mudah berputus asa, tidak dapat
memberikan tumpuan atatu komitmen sepenuhnya terhadap satu-satu
perhubungan, kedekut, berlagak pandai dan sebagainya. Jadi antara
perkara yang boleh kamu lakukan dan perbaiki dari masa ke semasa untuk
menjaga perhubungan kamu agar terus berkekalan.
1. Jadilah lelaki pemaaf
Untuk menjaga hati perempuan, kamu perlu belajar menjadi seorang lelaki
yang pemaaf. Kalau sebelum ini, kamu memang trkenal dengan sikap ego
dan sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain, apa salahnya untuk
kebaikan hubungan yang terjalin kamu sedia memaafkan sebarang kesilapan
yang mungkin dilakukan oleh teman wanita kamu. Bukan apa perempuan
sebenarnya kana cair kalau berhadapan dengan lelaki yang mudah memaafkan
mereka. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam atau cuba untuk
membalas menyakiti hatinya semula suatu hari nanti. Sebaiknya kamu
barkan sahaja apa yang berlaku berlalu, kerana perempuan sebenarnya
lebih suka dimanja dan tidak sukakan lelaki yang pendendam. Dalam pada
itu, pemaaf kamu hendaklah bertempat, jangan pula sampai kepala dipijak.
2. Jangan mudah berputus asa
Tanyalah kawan-kawan perempuan sekeliling kamu, lelaki macam manakah
menjadi pilihan mereka untuk dijadikan teman. Pasti ramai yang
memberikan jawapan, mereka impikan lelaki yang kacak, baik, jujur,
bertanggungjawab dan juga tidak mudah berputus asa. Lelaki yang terus
cuba dan mencuba untuk memenangi hati perempuan yang disukainya tanpa
mengenal erti berputus asa akan berjaya. Ini kerana dengan kesungguhan
yang kamu tunjukkan memberikan keyakinan pada perempuan bahawa kamu
benar-benar ingin memilikinya. Biar sesukar manapun kamu perlu berusaha
dan jangan sesekali tunjukkan rasa bosan atau mudah berputus asa sebab
ada sesetengah permpuan berpura-pura jual mahal. Antara alasan mereka
ialah ingin menilai tahap kesabaran dan kesungguhan kamu. Segalanya
terletak pada niat kamu sendiri, apakah kamu benar-benar ikhlas atau
sekadar untuk main-main sahaj? Jika benar hasrat kamu ikhlas an jujur,
rasanya tidak menjadi masalah buat kamu untuk terus berusaha menawan
hati si dia. Tetapi ingat, biarpun kamu suka ?gila? dengan si dia jangan
sekali-kali mengiyakan semua yang di perkatakan oleh si dia kerana
perempuanjuga sebenarnya tidak suka lelaki yang terlalu mengikut cakap
mereka. Sebaliknya fikir dahulu sebelum membuat keputusan.
3. Komitmen
Masuk bab komitmen ni, sesetengah lelaki payah sikit untuk memberikan
komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu perhubungan. Sebab lelaki biasanya
lebih terdedah pada dunia lepas bebas dan tidak suka dikawal. Malah ada
antara mereka yang telah lama menjalin hubungan tetap masih lagi tidak
suka dikongkong oleh kekasih sendiri. Bagaimanapun, keadaan ini berbeza
dengan perempuan, mereka biasanya inginkan seseorang lelaki yang menjadi
teman mereka, bersedia dan mampu memberikan komitmen sepenuhnya
terhadap ikatan yang terjalin. Bukan apa, mereka tidak mahu perhubungan
yang dibina dipersia-siakan oleh lelaki tersebut. Jadi, apa yang perlu
kamu lakukan di sini ialah kalau kamu benar-benar serius dan inginkan
hubungan yang terjalin berlarutan ada baiknya kamu memberikan sedikit
komitmen kerana lambat laun perelmpuan akan bosan dan tidak mustahil
mereka akan meninggalkan kamu trkulat-kulat begitu sahaja. Siapa yang
rugi.
4. Berlagak pandai
Satu hal lagi yang perempuan tak
suka ialah lelaki yang berlagak pandai. Jadi kepada lelaki biarpun kamu
tahu tentang sesuatu perkara ada baiknya jangan terlalu menunjuk-nunjuk
lantaran ingn menarik perhatian si dia. Sebaiknya di awa perkenalan kamu
hanya mengikut sahaja rentak teman wanita kamu, jangan pakai cakap
lepas sahaja kononnya tahu itu dan ini kerana perempuan cukup menyampah
dengan lelaki yang cakap tak serupa bikin. Tidak salah rasanya kalau
buat-buat tidak tahu…
5. Berkongsi pendapat
Untuk
menawan hati si dia kamu juga perlu meluangkan masa untuk meminta
sebarang pendapat mengenai apa-apa keputusan yang ingin kamu ambil.
Memang benar yakin pada diri sendiri penting sewaktu membuat keputusan
untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi dengan meminta pandangan
daripada si dia akan membuatkan hubungan yang terbina lebih mesra kerana
perempuan akan rasa lebih dihargai apabila kamu meminta pendapat
daripada mereka. Yang penting kamu jangan mengabaikannya begitu sahaja.
6. Pemurah
Nak tahu satu lagi perkara yang menyebabkan perempuan tidak suka pada
lelaki ialah sebab lelaki kedekut. Betul atau tidak terpualng pada kamu
sendiri menilainya? Tetapi ada baiknya kamu berhati-hati dengan perihal
ini. Tersilap langkah kamu juga boleh kehiangan si dia dan juga pokai.
Rasanya tidak salah kalau niat kamu hendak berjimat, tetapi tengoklah
keadaan. Kalau setiap kali keluar bersama kamu terlalu sukar untuk
berbelanja apakah tindakan kamu tadi untuk berjimat atau kamu memang
benar-benar kedekut. Jadi untuk menarik si dia, sesekali jangan
keberatan berbelanja, tetapi biarlak ada batasannya. Bukan apa, ini
smeua untuk kebaikan kamu juga kerana sesetengah perempuan tidak sukakan
lelaki yang kedekut.
Sunday, January 27, 2013
Tips N Trik
0 Response to "6 Cara Memikat Perempuan"
Post a Comment